Tuesday, June 21, 2011

Bengkel Kraftangan Quilling (Sesi 1)

Alhamdulillah pada hari sabtu lepas 18 Jun 2011 bertempat di bilik seminar Signature Training Center & Services, di bandar pinggiran Subang, telah berlansungnya bengkel Kraftangan Quilling untuk sesi yang pertama. Bengkel ini di kendalikan oleh Ummu Solehah Dato' Muhammad iaitu seorang Pengendali Kursus Quilling dari Malaysia & Indonesia. Bengkel ini telah berlangsung selama 4 jam 30 minit, iaitu selama 2 sesi. Jom kita tengok gambar-gambar semasa program brelangsung..






K.fit & k.erni sedang kyusuk




Hasil tangan K.Erni..cntik


Kyusuk...

Macam mana? best tak?

bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti "Bengkel Kraftangan Quilling" untuk sesi 2 penyertaan di buka sekarang.


Tarikh : 16 Julai 2011 (Sabtu)
Tempat : No. 8, Tingkat 2, Jln. Bulan BT U5/BT, Bandar Pinggiran Subang.
Masa : 9:00 pagi - 1:30 tghri (30 min Hi-Tea pada 11.00 pg)
Instructor: Ummu Solehah Dato' Muhammad (Pengendali Kursus Quilling dari Malaysia
& Indonesia)
Yuran : RM 100 shj.

berminat?? daftar segera....

Apa itu Signature Traning Center & Services

Signature Training Centre and Services

Signature Training Centre and Services ialah sebuah institusi yang ditubuhkan untuk memberi tunjuk ajar dan khidmat kepada semua golongan tidak kira sama ada kanak – kanak, remaja, dan dewasa. Singnature TCNS ini telah ditubuhkan pada awal 2010 yang lebih memfokuskan tentang khidmat membuat laman web dan sistem. Alhamdulillah pada tahun 2011, Signature TCNS telah mengorak langkah dengan mewujudkan program – program yang berunsurkan ilmiah. Seperti mengadakan kursus “Celik Linus” iaitu mendedahkan teknik-teknik belajar yang menarik untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah lemah dalam pembelajaran. Selain itu kursus ini juga telah di tawarkan untuk subjek Jawi. Antara kursus dan bengkel yang di kendalikan oleh pihak Signature TCNS ialah :

•Kelas Fardhu Ain & Iqra,
•Kursus Asas Bahasa Mandarin
•Kursus Asas Bahasa Arab
•Bengkel kraftangan quilling
•Bengkel peluang perniagaan untu usahawan ICT
•Bengkel membina laman Web
•Kem Motivasi untuk pelajar sekolah rendah, menengah, dan universiti
•Bengkel teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM
•Bengkel pengucapan awam (Public Speaking)
•Kem Solat
•Kem Tahfiz
•Penyediaan ruang (seminar dan kursus) untuk disewa yang dilengkapi dengan
bilik yang berhawa dingin, meja, kerusi, PA sistem, white board dan LCD.


Keistimewaan Signature TCNS


• Komunikasi berterusan dengan ibu bapa (bagi
kursus yang di tawarkan untuk
kanak-kanak. Cth : Kursus “Celik Linus”, Kursus Membaca&Menulis JAWI, dll)

• Laporan prestasi akademik berkala (bagi kursus
yang di tawarkan untuk kanak-kanak. Cth : Kursus “Celik Linus”, Kursus
Membaca&Menulis JAWI, dll)

• Sesi perjumpaan ibu bapa & guru (bagi kursus
yang di tawarkan untuk kanak-kanak. Cth : Kursus “Celik Linus”, Kursus
Membaca&Menulis JAWI, dll)

• Teknik pengajaran & pembelajaran yang berkualiti
• Tutor dan instructor yang berkelayakan dan berpengalaman.
• Bilangan pelajar atau ahli yang kecil di dalam sesuatu kursus dan bengkel.
• Suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif

Visi

Ssebagai sebuah institusi yang berteraskan latihan dan perkidmatan Visi Signature TCNS ialah :

•Untuk membantu pihak ibu bapa dan pembelajaran kanak – kanak terutamanya
kanak-kanak yang mempunyai masalah (slow learner )
•Untuk menjadikan sebuah institusi yang melahirkan tenaga mahir di dalam semua
bidang terutamnya bidang akademik dan ICT
•Untuk hobi atau minat seseorang menjadi sebuah medan untuk menambahkan pendapatan
mereka.

Misi


•Menyediakan program-program yang berbentuk ilmiah.
•Menyediakan teknik – teknik pembelajaran yang boleh membantu para pelajar.
•Menyediakan kursus dan bengkel yang membolehkan peserta menjana pendapatan.
•Menyediakan perekitaran yang bersih dan selesa dengan dilengkapi semua kemudahan.

Friday, June 17, 2011

Selamat Datang



Assalamulaikum..

Terima kasih & Selamat datang ke blog Signature Training Center & Services. Semoga kami dapat membantu anda dalam merealisasikan impian anda melalui bengkel dan kursus yang kami sediakan. Pihak signature TCNS juga sangat mengalu-alukan komen dan maklum balas daripada pihak pembaca. Semoga kita dapat bertukar-tukar pendapat dalam menjana ilmu pengetahuan.